AKSI memberangsangkan Woods di PGA Northern Trust . FOTO AFP
AKSI memberangsangkan Woods di PGA Northern Trust . FOTO AFP
AFP

Tiger Woods kembali menggunakan putter yang memberikannya 14 dari 15 kejuaraan utama untuk melakarkan tiga bawah par 68 pada saingan pembukaan, PGA Northern Trust, New York.

Woods, 44, merangkul kejuaraan Masters TPC Boston dengan menggunakan putter Scotty Cameron yang berada di dalam begnya selama 21 tahun berbanding putter yang digunakan sebelum ini di Kejohanan PGA.

"Ia hanya satu kedegilan saya rasa," kata Woods mengenai perubahannya itu. "Saya menggunakannya selama 21 tahun.

"Saya berlatih dengan putter yang lebih panjang. Tiba-tiba melihatnya, saya mengambilnya dan menggunakannya dan lihat adakah ia masih boleh digunakan. Ketika saya memberikan peluang kepada diri sendiri dan saya berjaya."

Ia adalah pusingan kesembilan sejak saingan Jelajah US PGA dihentikan pada Mac lalu kerana Covid-19, Woods ketinggalan empat pukulan di belakang pendahulu Harris English yang melakukan bogey di lubang terakhir.

"Saya berasa gembira hari ini," kata Woods. "Rentak saya juga baik dan saya sukakan kelajuan green ini. Ia laju. Walaupun ia lembut tapi masih lagi laju dan saya rasa selesa dengannya."

Woods meletakkan botol air sejuk di lehernya sebelum memulakan saingan kerana minyak panas yang digunakan untuk bahagian belakangnya terkena lehernya.

"Belakang saya sudah kebal dengan minyak itu. Tapi leher saya tidak.

Woods, akan mempertahankan gelaran Masters pada November dalam usahanya mencari kejuaraan yang ke-83 dalam kariernya untuk memadamkan rekod sepanjang zaman US PGA yang dikongsi bersama Sam Snead. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 21 Ogos 2020 @ 8:12 AM