Conte (kiri) meraikan kejayaan bersama Lukaku. FOTO Agensi
Conte (kiri) meraikan kejayaan bersama Lukaku. FOTO Agensi
Agensi

ANTONIO Conte memberitahu kepada Romelu Lukaku bahawa dia perlu mempertingkatkan mutu permainan.

Sekali pun penyerang Inter beraksi cemerlang pada musim pertama di saingan Serie A ia ternyata belum memadai buat pengendali Itali itu.

Lukaku meledak 23 gol termasuk empat jaringan dihasilkan dalam lima perlawanan terakhir saingan liga sejak tiba dari Manchester United tahun lalu.

Pemain kebangsaan Belgium itu menjaringkan dua gol ketika Inter menang 3-0 ke atas Genoa kelmarin.

Bagaimanapun pengendali The Nerazzurri itu mengingatkan Lukaku supaya meningkatkan lagi prestasinya dan melakukannya ketika berdepan Napoli awal pagi esok.

"Romelu pemain bola sepak yang memiliki ruang untuk diperbaiki seterusnya mampu menjadi pemain lebih baik," kata Conte kepada Inter TV.

"Semuanya bergantung kepada dirinya untuk menambah kualiti sekali gus memastikan aksi cemerlang bersama pasukan."

Inter dijangka berdepan Atalanta pada aksi terakhir musim ini diikuti saingan 16 terakhir Piala Eropah berdepan Getafe di Stadium Veltise Arena, Jerman pada 6 Ogos ini.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 28 Julai 2020 @ 10:21 AM