EPL terus memberi bayangan pemain dan pengurus mereka bebas dijangkiti Covid-19. FOTO Agensi
EPL terus memberi bayangan pemain dan pengurus mereka bebas dijangkiti Covid-19. FOTO Agensi
AFP

PERANCANGAN Liga Perdana Inggeris (EPL) untuk kembali memulakan saingan pada 17 Jun ini dilihat semakin cerah apabila ujian terkini Covid-19 menunjukkan tiada kes positif terbaru yang dicatatkan pasukan liga berkenaan.

Seramai 1,195 pemain dan staf kelab diuji dalam saringan edisi keenam, yang dilakukan Khamis serta Jumaat lalu.

"EPL boleh mengesahkan ujian 4 dan 5 Jun lalu membabitkan 1,195 pemain dan staf kelab menyaksikan tiada yang disahkan positif," jelas liga berkenaan dalam satu kenyataan.

Pengumuman semalam menyaksikan hanya 13 positif daripada 6,274 ujian yang dilakukan ke atas pemain dan staf kelab EPL.

Ujian akan terus dilakukan dua kali seminggu selepas saingan EPL akan disambung semula apabila ditangguhkan sejak Mac lalu akibat pandemik berkenaan.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 7 Jun 2020 @ 10:06 AM