WAZI simpati nasib menimpa Pa'din.
WAZI simpati nasib menimpa Pa'din.
Saiful Affendy Sapran

KES kehilangan motosikal Honda EX5 legenda papan selaju negara, Ahmad Fadzil Musa menarik perhatian seorang lagi legenda sukan permotoran negara, Wazi Abdul Hamid.

Menerusi status terbaharunya di Facebook, Wazi bersimpati dengan nasib menimpa Ahmad Fadzil atau lebih dikenali sebagai Pa'din yang kehilangan motosikalnya di Jalan Seri Serdang, Kepala Batas semalam.

"Permintaan dari wa (saya) ni, kalau hangpa (anda) teroket (terambil) motor lejen skateboard dari Penang ni, hangpa return (pulang) la balik.

"Pi la letak kat mana-mana bus stand (stesen bas) kat belah Bagan ka mana ka, pastu PM gua...wa belanja sikit apa yang patut.

ANNUAR (dua dari kiri) melawat pameran pada Majlis Pertukaran Dokumen dan Penyampaian Insentif Sukan Wilayah Persekutuan di Dewan Seri Siantan. FOTO Bernama
ANNUAR (dua dari kiri) melawat pameran pada Majlis Pertukaran Dokumen dan Penyampaian Insentif Sukan Wilayah Persekutuan di Dewan Seri Siantan. FOTO Bernama

"Kita bagi la balik motor 'rare' dia. Siap ada patung spiderman bagai...Honda EX5 je tu. Dia pernah berjasa pada negara dulu, champion (juara) xtreme game (sukan ekstrem) tu. Salute to the legend (tabik kepada legenda)," katanya.

Jelas Wazi, seorang peminat motosikal tidak mungkin akan membuat perkara terkutuk seperti mencuri.

"Kita rider kental tak kan sampai hati buat perkara seperti itu. Kesian kat dia. Pada anak antu sekitar kawasan, sila pasang semboyan, pakat tolong cari moto ekpai (EX5) tu," katanya.

Pa'din meluahkan rasa kecewa di akaun Facebook miliknya apabila kehilangan motosikalnya itu sekitar jam 1.50 hingga 2.45 petang semalam.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 6 Jun 2020 @ 5:44 PM