Cristiano Ronaldo. FOTO AFP
Cristiano Ronaldo. FOTO AFP
Agensi

CLAUDIO Marchisio berharap bintang Juventus, Cristiano Ronaldo kekal bersama juara Serie A sekalipun mengakui kemungkinan terdapat ura-ura dia akan keluar dari kelab Itali itu.

Ronaldo menyertai Juve dari Real Madrid dengan nilai perpindahan tinggi sekitar 100 juta Euro (RM477.43 juta) pada 2018 dan pemenang lima kali Ballon d'Or itu membantu gergasi Itali merangkul the Scudetto pada musim pertamanya di kelab itu.

Pemain berusia 35 tahun berkenaan menjaringkan 21 gol Serie A dalam 22 penampilan dan 25 gol dalam semua kejohanan sebelum liga ditangguhkan berikutan pandemik Covid-19 ketika Juve satu mata mendahului di puncak liga.

Terdapat spekulasi mengenai kapten Portugal, Ronaldo mungkin meninggalkan Turin selepas dikaitkan dengan juara Ligue 1, Paris Saint-Germain begitu juga bekas kelabnya Madrid.

Ditanya mengenai Ronaldo, legenda Juve, Marchisio yang meninggalkan kelab berkenaan untuk ke Zenit pada 2018 sebelum bersara pada tahun berikutnya berkata menerusi Instagram Live: "Tahun sebelum dia menurunkan tanda tangan untuk Juve, kami bertemu dengannya banyak kali.

"Dia memang memberikan masalah kepada anda dan dia masih membuktikannya.

"Saya kagum dengan usahanya untuk terus kekal cergas dan di puncak tertinggi. Kadang kala kecenderungan anda yang begitu tinggi sahaja pasti ada sesuatu yang tidak kena.

"Dia dari sudut lain, sentiasa berada di peringkat tertinggi dan benar-benar menunjukkan pengorbanan serta usaha keras yang dilakukan untuk kekal sebagai nombor satu.

"Adakah dia akan pergi? Saya tidak tahu tapi saya harap tidak. Dia meletakkan dirinya pada garisan tepat buat Juventus dan terhadap minat yang dibawanya dalam Serie A. Saya harap dia kekal."

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 3 Jun 2020 @ 2:48 PM