Hansi Flick mengendalikan sesi latihan skuad Bayern Munich. FOTO AFP
Hansi Flick mengendalikan sesi latihan skuad Bayern Munich. FOTO AFP
Reuters

BAYERN Munich dan jurulatih, Hansi Flick mencapai persetujuan melanjutkan kontrak sehingga 2023 sekali gus menukar tugas pengendali sementara itu secara tetap selepas dia mengambil alih pada awal musim, menurut kelab itu.

“Bayern sangat berpuas hati kerja Hansi Flick,” kata CEO kelab itu Karl-Heinz Rummenigge dalam satu kenyataan.

“Kelab menunjukkan peningkatan yang baik di bawah pengendaliannya serta bermain bola sepak menarik yang mempengaruhi keputusan ini. Hanya kelab kami yang masih bertanding dalam tiga kejohanan.”

Flick, 55, mengambil alih tugas pengendali pada November menggantikan Nico Kovac.

Aksi Bayern bermula goyah untuk menguasai liga domestik sebelum bangkit berada di puncak Bundesliga dan berada di landasan tepat melanjutkan rekod memenangi lapan kejuaraan liga berturut-turut.

Bayern mendahului empat mata berbanding pasukan di tangga kedua, Borussia Dortmund dalam saingan Bundesliga yang ditangguhkan berikutan Covid-19.

Nasib sama turut menimpa saingan separuh akhir Piala Jerman serta suku akhir Liga Juara-Juara.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 4 April 2020 @ 7:45 AM