WENGER mengurus Arsenal dari Oktober 1996 hingga Mei 2018. — FOTO AFP
WENGER mengurus Arsenal dari Oktober 1996 hingga Mei 2018. — FOTO AFP
AFP

BAYERN Munich menolak permintaan Arsene Wenger untuk mengambil alih jawatan pengurus susulan pemecatan Niko Kovac, menurut juara Jerman itu awal pagi tadi.

“Arsene Wenger menghubungi Karl-Heinz Rummenigge (pengerusi Bayern) petang Rabu lalu untuk memaklumkan minatnya terhadap tugas itu,” menurut jurucakap Bayern kepada SID.

“Bayern menghargai kerja Wenger di Arsenal, tapi beliau tidak dipertimbangkan sebagai jurulatih.”

Kovac dipecat hujung minggu lalu susulan prestasi buruk dengan kemuncak dibelasah 5-1 oleh Eintracht Frankfurt, kekalahan terburuk Bayern dalam Bundesliga bagi tempoh sedekad yang menyebabkan mereka merudum ke tangga keempat liga.

Penolong Kovac, Hansi Flick mengambil alih sebagai jurulatih sementara ketika Bayern mencari pengganti tetap, dengan presiden kelab Uli Hoeness menyatakan Selasa lalu mereka menjangkakan nama pengganti Kovac pada 23 November ini.

Bagaimanapun hasrat mereka untuk mendapatkan khidmat bos Paris Saint-Germain, Thomas Tuchel dan Erik ten Hag dari Ajax ditolak selepas mereka menyatakan mahu kekal di kelab masing-masing sekurang-kurangnya hingga hujung musim.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 8 November 2019 @ 10:28 AM