DAVIS Love’s.
DAVIS Love’s.
AFP

KAPTEN juara dua kali Piala Ryder Amerika Syarikat dan pemenang Kejohanan PGA 1997, Davis Love’s ditimpa malang apabila rumahnya musnah akibat kebakaran awal pagi tadi namun tiada kemalangan jiwa.

Pemain berusia 55 tahun itu yang tinggal di St Simons Island, Georgia berhampiran venue Jelajah PGA mendedahkan tragedi itu dalam Twitternya.

"Walaupun anggota keluarga berduka dengan kehilangan kediaman yang menyimpan banyak memori, kami tetap bersyukur semua selamat," kata Love.

RUMAH Love’s musnah dijilat api. FOTO Agensi
RUMAH Love’s musnah dijilat api. FOTO Agensi

"Kami amat berterimakasih kepada orang pertama yang datang berusaha menyelamatkan kami walaupun masyarakat setempat dan dunia kini sedang bergelut berdepan krisis Covid-19.”

Love menjuarai 21 gelaran PGA termasuk dua Kejohanan Pemain-Pemain dan masih aktif beraksi di beberapa jelajah dengan kejayaan terakhirnya ialah di Greensboro, North Carolina pada 2015.

Love diabadikan dalam World Golf Hall of Fame pada 2017 dan bekerja sebagai pengulas televisyen tetapi melakukan cut di Arnold Palmer Invitational awal bulan ini.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 28 Mac 2020 @ 12:44 PM