STERLING memanaskan badan di   Manchester, semalam. FOTO Reuters
STERLING memanaskan badan di Manchester, semalam. FOTO Reuters
Agensi

PENYERANG Manchester City, Raheem Sterling mendedahkan anak perempuannya yang juga penyokong Liverpool cuba ‘menaikkan’ kemarahannya dengan menyanyikan lagu mengenai Mohamed Salah.

Sterling tonggak kesebelasan utama selama tiga musim di Anfield sebelum berpindah ke pencabar Liga Perdana, City dengan harga £49 juta (RM268 juta) pada Julai 2015.

Dia memenangi enam kejuaraan utama bersama City tetapi pemain antarabangsa England itu hanya menduduki tempat kedua di belakang bintang Liverpool, Salah di dalam rumahnya sendiri.

"Dia mewarisi personaliti saya dan dia suka mengusik saya dengan menyanyikan lagu Salah ketika berada di samping saya,” kata Sterling dalam temu ramah dengan AS.

"Dia tahu permusuhan sengit antara Liverpool dengan pasukan yang saya kini beraksi jadi dia selalu menyanyi seperti cuba membuatkan saya marah tetapi saya tahu itu memang personalitinya.”

Pemain berusia 25 tahun itu juga terkenal dengan ketegasan dalam menangani isu perkauman dalam sukan bola sepak dan menggesa tindakan tegas diambil ke atas pemain dan penyokong yang melakukan perbuatan itu.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 25 Februari 2020 @ 9:27 PM