PEMAIN Bayern,  Thomas Muller melakukan percubaan yang cuba diselamatkan penjaga gol  Cologne,  Timo Horn di RheinEnergieStadion, Berlin. FOTO
PEMAIN Bayern, Thomas Muller melakukan percubaan yang cuba diselamatkan penjaga gol Cologne, Timo Horn di RheinEnergieStadion, Berlin. FOTO
Reuters

BAYERN Munich menjaringkan tiga gol dalam tempoh 12 minit pertama ketika menewaskan Cologne 4-1 di tempat lawan untuk merampas kembali puncak Bundesliga, awal pagi tadi.

Robert Lewandowski mengekalkan ketajamannya dalam setiap perlawanan apabila meletakkan Bavarian di depan pada minit ketiga dan dua lagi jaringan daripada Kingsley Coman dan Serge Gnabry membuatkan penyokong Cologne terdiam.

Gnabry menambah gol keempat pada minit ke-65 dan Mark Uth menjaringkan gol saguhati tuan rumah yang tampil lebih bertenaga pada babak kedua.

Bayern memburu gelaran liga kelapan berturut-turut meraih 46 mata daripada 22 perlawanan, satu mata mengatasi RB Leipzig yang menewaskan Werder Bremen, 3-0, Sabtu lalu. Cologne di tangga ke-14 dengan 23 mata dan enam mata di atas slot playoff penyingkiran.

Bayern akan berdepan Chelsea dalam saingan 16 terakhir Liga Juara-Juara dengan peringkat pertama berlangsung 25 Februari dan peringkat kedua 18 Mac.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 17 Februari 2020 @ 8:27 AM