AUBAMEYANG (kiri) menghalang pemain Barcelona, Sergio Busquets pada aksi persahabatan tahun lalu. FOTO Agensi
AUBAMEYANG (kiri) menghalang pemain Barcelona, Sergio Busquets pada aksi persahabatan tahun lalu. FOTO Agensi
Agensi

ARSENAL berharap mendapat tawaran dari Barcelona untuk mendapatkan Pierre-Emerick Aubameyang pada minggu akhir pintu perpindahan pemain tetapi gergasi Sepanyol itu bimbang nilai pemain itu akan meningkat.

Barcelona terdesak untuk mendapatkan penyerang bagi menggantikan Luis Suarez yang berdepan kecederaan dan menjadikan Aubameyang sebagai sasaran utama mereka dengan pemain Valencia, Rodrigo Moreno menjadi pilihan kedua.

Arsenal sedar dengan minat terhadap penjaring terbanyak mereka itu dan difahamkan Barcelona akan membuat tawaran tetapi akan mensasarkan Rodrigo sekiranya tawaran mereka tidak diendahkan.

Pintu perpindahan pemain akan berakhir Jumaat ini dan Barcelona dilihat lebih cenderung untuk mendatangani Rodrigo.

Walaupun pengurus Arsenal, Mikel Arteta sudah menegaskan memerlukan khidmat Aubameyang sehingga hujung musim ini, Barcelona berharap aksi cemerlang Gabriel Martinelli ketika ini akan mengubah pendirian Arteta.

Bagaimanapun Barcelona bimbang Arsenal mungkin meletakkan harga yang tinggi untuk Aubameyang yang masih berbaki kontrak kurang 18 bulan.

Laporan di Sepanyol menyatakan Aubameyang sudah mengadakan perjanjian secara peribadi dengan Barcelona.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 28 January 2020 @ 1:36 PM