Dybala (tengah) diraikan rakan selepas meledak dua gol. FOTO AFP
Dybala (tengah) diraikan rakan selepas meledak dua gol. FOTO AFP
Reuters

PENYERANG Juventus, Paulo Dybala menjaringkan dua gol dan terbabit dalam banyak hantaran menarik bagi memberikan satu lagi gol buat Gonzalo Higuain ketika skuad dari Turin itu mengatasi Udinese 4-0 pada Coppa Italia, awal pagi ini.

AC Milan melupakan seketika masalah di Serie A ketika mencatat kemenangan selesa 3-0 ke atas SPAL dalam satu lagi perlawanan 16 terakhir dan Fiorentina menyingkirkan naib juara musim lalu Atalanta, 2-1 apabila menjaringkan gol ketika beraksi 10 pemain.

Juventus tanpa kehadiran bintang mereka Cristiano Ronaldo yang mengalami masalah kesihatan, mendahului menerusi gol menarik gaya jurulatihnya Maurizio Sarri selepas 16 minit permainan.

Hantaran jauh membabitkan gerakan Dybala dan Higuain selain berjaya memperdayakan pemain tengah Udinese sebelum Higuain merembat ke arah gawang gol mengatasi penjaga gol Nicolas.

Dybala menjaringkan gol kedua Juve 10 minit kemudian, serta menyempurnakan penalti selepas Nicolas mengasari Federico Bernardeschi dan pemain Argentina menjaringkan gol ketiga pada minit ke 58.

Jaringan penalti Douglas Costa melengkapkan kemenangan bergaya juara Itali itu.

Penyerang AC Milan, Krzysztof Piatek (kiri) melepasi halangan pemain SPAL. FOTO AFP
Penyerang AC Milan, Krzysztof Piatek (kiri) melepasi halangan pemain SPAL. FOTO AFP

Krzysztof Piatek, Samu Castillejo dan Theo Hernandez menjaringkan gol ketika penyerang veteran Zlatan Ibrahimovic berada di bangku simpanan. Milan berada di kedudukan ke 10 carta Serie A selepas mengharungi musim yang sengsara.

"Ia adalah petang yang baik kerana pemain menterjemahkan permainan dengan baik dan beraksi pada tekanan dan kualiti yang tepat," kata jurulatih Milan, Stefano Pioli.

Pemain yang baharu ditanda tangani Fiorentina, Patrick Cutrone bertukar hantaran dengan Dalbert sebelum meledak selepas 11 minit, jaringan pertama sejak perpindahan secara pinjaman daripada Wolverhampton Wanderers.

Josip Ilicic menjaringkan gol berdepan bekas kelabnya untuk gol penyamaan pada minit ke 67 dan pemain Jerman yang beraksi bersama Fiorentina, Pezzella mennerima kad kuning kedua kerana sengaja menjatuhkan badan.

Begitupun, Fiorentina memenangi perlawanan dengan hanya berbaki enam minit perlawanan menerusi jaringan Pol Lirola.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 16 January 2020 @ 9:07 AM