PAS bermusim Melaka United (MU) mendapat sambutan menggalakkan.
PAS bermusim Melaka United (MU) mendapat sambutan menggalakkan.
Nazri Abu Bakar

PERSATUAN Bolasepak Melaka United (MUSA) hampir menemui jalan penyelesaian semua tunggakan gaji 2019 membabitkan 24 pemain skuad berkenaan.

Bendahari Kehormat MUSA, Mohamad Rashidi Othman berkata, langkah penyelesaian sudah hampir ke penghujung dengan pembayaran dalam tempoh terdekat.

Katanya, segala tunggakan membabitkan 14 pemain tidak memiliki kontrak dengan persatuan termasuk 10 yang masih bersama skuad Hang Tuah 2020 bakal menerima baki bayaran minggu ini.

Menurutnya, pembayaran dua bulan untuk bekas pemain dan baki sebulan bagi mereka dalam skuad musim ini menamatkan penantian pemain musim lalu .

“Apapun kami amat lega dengan perkembangan ini dan ianya membolehkan fokus pengurusan terarah kepada persiapan saingan Liga Malaysia 2020. Sejumlah RM2.2 juta akan dilunaskan membabitkan tunggakan untuk skuad Liga Super 2019 termasuk jurulatih," katanya yang lega sambutan pas bermusim skuad terbabit amat menggalakan.

Rashidi berkata, dengan bayaran berkenaan membuktikan janji pengurusan akan menyelesaikan tunggakan terbabit berjaya ditunaikan.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 14 January 2020 @ 10:28 PM