Dominic Thiem menjalani latihan di Ken Rosewall Arena, Sydney. FOTO AFP
Dominic Thiem menjalani latihan di Ken Rosewall Arena, Sydney. FOTO AFP
AFP

PEMAIN nombor empat dunia, Dominic Thiem hari ini meluahkan keyakinan Kejuaraan Grand Slam baharu yang akan dinobatkan pada 2020 selain daripada ‘Big Three’ membabitkan Novak Djokovic, Rafael Nadal dan Roger Federer.

Sementara di Australia itu, Alexander Zverev dari Jerman, Stefanos Tsitsipas (Greece) dan beberapa pemain lain cuba mengukir nama di beberapa kejohanan kecil, manakala jagoan tenis terus menguasai kejohanan utama.

Thiem berada di Sydney bagi acara berpasukan Piala ATP tahunan, dia dilabelkan antara salah seorang yang bakal melakukan kejutan dengan Grand Slam pertama tahun ini, Terbuka Australia hanya tidak sampai seminggu di Melbourne.

Dia berkata pemain muda semakin memberi saingan yang kuat.

“Saya fikir kami sudah banyak mencabar mereka. Kami juga mengalahkan mereka terutama pada peringkat Masters 1000 dan Final ATP,” kata Thiem, yang menduduki tempat kedua daripada Tsitsipas pada Final ATP di London pada November.

“Saya fikir peringkat akhir kami harus menguasai peringkat Grand Slam dan saya benar-benar berfikir kita akan lihat juara baru Grand Slam pada 2020.

“Saya sangat berharap ia adalah saya, tetapi tiada jaminan apa-apa. Terdapat juga ramai daripada mereka yang sangat kuat boleh mencapai perkara itu.

“Mungkin ia juga tidak berlaku dan ‘Big Three’ menguasai kesemua empat-empatnya,” tambahnya. “Tapi kami mencuba semuanya untuk mencapai kedudukan teratas, untuk mengecapi gelaran terbesar, kejuaraan Grand Slam.”

Thiem, 26, memenangi lima kejuaraan tahun lalu di Indian Wells, Barcelona, Kitzbuhel, Beijing dan Vienna tapi dia bercampur masa di kejohanan utama, gagal dalam halangan pertama di Wimbledon dan Terbuka AS dan pusingan kedua di Australia.

Bagaimanapun, dia mara ke final di Roland Garros, dengan hanya perlu menewaskan jaguh gelanggang tanah liat, Nadal.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 2 January 2020 @ 8:51 PM