Pengurus Newcastle United, Steve Bruce. FOTO Reuters
Pengurus Newcastle United, Steve Bruce. FOTO Reuters
Agensi

PENYOKONG Newcastle belum lagi melaungkan sorakan memanggil namanya tetapi suasana bising yang mengejutkan di St James Park pada minit ke-88 dalam perlawanan tumpuan berdepan Manchester City, malam tadi pasti memberi petanda baik kepada pengurusnya, Steve Bruce.

Dia dan pasukan di belakangnya melompat kegembiraan apabila Jonjo Shelvey menjaringkan gol dan sebahagian daripada pemain berlari ke arah pemain itu untuk meraikan jaringan penyamaan lewat untuk memastikan kedudukan 2-2 hanya seminit selepas jaringan Kevin de Bruyne yang seolah-olah kemenangan berpihak kepada City.

Wajah kegembiraan Bruce pada wisel penamat memberi cukup makna kepada rakan seangkatannya selain perlawanan pertama dikendalikannya berdepan kelab ketika zaman kanak-kanaknya, tewas 0-1 kepada skuad Arsenal kendalian Unai Emery berikutan aksi hambar awal Ogos lalu.

Kemudian ia adalah keputusan yang sukar di terima. Sehari selepas penyokong meraikan pengurus Rafael Benitez yang meninggal pasukan itu untuk ke China, bantahan terhadap pemilik kelab berlaku di luar perkarangan stadium dan ruang laluan.

Bruce menjadi pilihan jangka pendek untuk menjadi pengurus pertama Liga Perdana untuk kehilangan kerja, tapi dia kekal dan mengubah reputasinya di Tyneside ketika Emery sudahpun pergi.

Bruce yang diajukan soalan oleh BBC mengapa pemainnya boleh mempamerkan permainan baik menentang pasukan gergasi London berbanding ketika tewas 0-2 berdepan Aston Villa minggu lalu.

Berkata : “Satu perkara yang kami perlu ingatkan. Kami naik dan turut sangat mudah, terutamanya jauh daripada gelanggang sendiri. Kami harus bangkit.

“Konsisten adalah apa yang kami harus perjuangkan. Kami harus terus bekerja dan mengatasi kepincangan pasukan

Pasukan berkenaan dikatakan menunjukkan beberapa ciri diperlukan untuk mempunyai musim yang cemerlang, apabila menemui rentak mereka.

Kini pasukan itu harus meyakinkan penyokong kembali dan ia permulaan baharu bagi era yang lebih baik.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 1 Disember 2019 @ 10:18 AM