Bruce akan sertai Magpies. FOTO REUTERS
Bruce akan sertai Magpies. FOTO REUTERS
Agensi

STEVE Bruce dilaporkan meletak jawatan sebagai pengurus Sheffield Wednesday ketika desas-desus perpindahannya untuk menyertai Newcastle semakin hampir.

Pemain berusia 58 itu sebelum ini menjadi pengurus musuh ketat Magpies iaitu Sunderland, kelihatan bersedia menggantikan Rafa Benitez di St James Park.

Wartawan akhbar Times Paul Joyce membuat ciapan: "Steve Bruce difahamkan sudah meletak jawatan sebagai pengurus Sheffield Wednesday bersama penolong pengurus, Steve Agnew dan Stephen Clemence.

"Kesemua tiga mereka sudah menandatangani surat peletakan jawatan secara bertulis.

"Newcastle membuat tawaran pampasan kepada Sheffield Wed tetapi ia masih belum diterima."

Bruce juga dikatakan berharap Owls dan Newcastle dapat mencapai kata persetujuan untuk membolehkannya mengendalikan kelab kesayangannya sejak zaman remaja.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 15 Julai 2019 @ 8:08 PM