HAALAND (kiri) meledak gol pembukaan menerusi tendangan penalti. — FOTO Reuters
HAALAND (kiri) meledak gol pembukaan menerusi tendangan penalti. — FOTO Reuters
REMBATAN Lozano (kanan) menerjah jaring Salzburg. — FOTO Reuters
REMBATAN Lozano (kanan) menerjah jaring Salzburg. — FOTO Reuters
AFP

SALZBURG menghalang Napoli daripada muncul pasukan pertama layak ke pusingan 16 terakhir Liga Juara-Juara awal pagi tadi apabila kelab Itali itu dipaksa seri 1-1 di Naples.

Penyerang remaja Norway, Erling Haaland meletakkan kelab Austria itu di depan menerusi sepakan penalti selepas 11 minit sebelum pemain Mexico, Hirving Lozano meraih gol penyamaan sejurus sebelum rehat bagi gol pertamanya di Stadium San Paolo.

Kemenangan Liverpool ke atas Genk di Anfield membolehkan juara bertahan itu merampas tangga pertama Kumpulan E daripada kelab Itali itu, dengan sembilan mata daripada empat perlawanan.

Napoli masih boleh layak ketika mereka menghuni tangga kedua dengan lapan mata, empat mata di depan Salzburg, manakala kelab Belgium, Genk satu mata, dengan berbaki dua perlawanan.

“Kami agak tidak bernasib baik,” kata kapten Napoli, Lorenzo Insigne.

“Kami sudah mencuba segala-galanya. Ia persembahan hebat tapi kami tidak berjaya menjaringkan banyak gol.

“Kami perlu memandang ke depan dan terus bekerja keras. Jika kami bermain seperti malam ini kejayaan akan hadir juga tidak lama lagi.”

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 6 November 2019 @ 11:00 AM