Memphis Depay (kanan) diasak pemain Ireland Utara, Michael Smith pada aksi kelayakan Euro 2020 pagi ini. FOTO Reuters
Memphis Depay (kanan) diasak pemain Ireland Utara, Michael Smith pada aksi kelayakan Euro 2020 pagi ini. FOTO Reuters
AFP

LUUK de Jong dan Memphis Depay memastikan kebangkitan lewat Belanda menerusi tiga jaringan pada 10 minit terakhir permainan untuk mencatat kemenangan dramatik ke atas Ireland Utara, 3-1 pada aksi kelayakan Euro 2020, pagi ini.

Skuad kendalian Ronald Koeman hampir berdepan kekalahan mengejutkan apabila Josh Magennis meletakkan pelawat di depan di De Kuip.

Namun Stadium Feyenoord menjadi saksi kebangkitan Belanda dan pasukan yang tidak menang dalam 17 perlawanan di venue berkenaan.

Memphis Depay mencetus aksi dramatik pada penghujung saingan dengan gol penyamaan pada minit ke-80 dan De Jong menambah jaringan pada minit akhir perlawanan. Sehingga Depay mengesahkan kebangkitan menakjubkan Belanda menerusi jaringan sebelum tamat perlawanan.

Pemain Belanda meraikan jaringan berdepan Ireland Utara. FOTO Reuters
Pemain Belanda meraikan jaringan berdepan Ireland Utara. FOTO Reuters

Belanda berada di kedudukan teratas Kumpulan C dalam persaingan untuk layak ke kejohanan Eropah tahun depan. Mengatasi Jerman di kedudukan kedua dan Ireland Utara ketiga, dengan tiga pasukan mempunyai 12 mata.

Logiknya, Belanda dan Jerman mempunyai kelebihan beraksi kurang satu perlawanan berbanding Ireland Utara. Barisan kendalian Koeman akan berkunjung ke Windsor Park untuk berdepan Ireland Utara pada November.

Koeman sudah memberi amaran kepada pemainnya untuk bimbang dengan semangat melawan Ireland Utara dan barisan kendalian Michael O'Neill sudah melakukan segalanya untuk mencipta kejutan sebelum tewas pada minit akhir perlawanan.

“Kami menghampakan. Mereka tidak memberi banyak masalah dalam tempoh permainan yang panjang. Dua gol pada minit kecederaan sangat kejam. Ia keputusan yang amat mengecewakan kami,” kata O’Neill.

“Ia mengenai kelemahan dan kami tidak dapat bertahan dengan kedudukan itu. Semua pemain sangat bangga kepada diri mereka. Kami beraksi berdepan pemain bertaraf dunia. Mereka harus memberi lebih tumpuan.”

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 11 Oktober 2019 @ 8:03 AM