Naomi bersama piala kemenangan menjuarai Terbuka China. FOTO REUTERS
Naomi bersama piala kemenangan menjuarai Terbuka China. FOTO REUTERS
AFP

NAOMI Osaka menjulang gelaran kedua berturut-turut selepas bangkit ketinggalan daripada satu set menewaskan pemain nombor satu dunia Ashleigh Barty pada final Terbuka China, hari ini.

Pemain Jepun itu yang juga juara dua kejohanan Grand Slam muncul pemenang selepas beraksi selama 110 minit dalam perlawanan di Beijing.

Naomi, juara Terbuka Australia, menang dengan keputusan 3-6, 6-3, 6-2 ketika saingan saingan berlangsung dalam suhu dingin.

Selepas menewaskan juara bertahan Caroline Wozniacki pada separuh akhir pemain berusia 21 tahun itu menyifatkan pukulan servisnya sebagai mengelirukan.

Dengan mendapat sokongan padu peminat di Beijing, Naomi mengorak langkah selepas memecahkan servis Ashleigh untuk mendahului 4-2 dalam laluan untuk memenangi set kedua perlawanan itu.

“Saya mengingatkan diri saya agar terus bersaing biarpun sikap kurang memberi sokongan terhadap diri.

“Ia final, saya benar-benar terasa dihargai berada di sini dan terus memberi cabaran kepada lawan,” katanya.

Ia adalah gelaran ketiga Naomi sepanjang 2019 dan kelima dalam kariernya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 6 Oktober 2019 @ 8:00 PM