Nwakaeme (empat kiri) diasak pemain Sabah pada perlawanan Piala Malaysia di Stadium Darul Makmur. FOTO Muhammad Asyraf Sawal
Nwakaeme (empat kiri) diasak pemain Sabah pada perlawanan Piala Malaysia di Stadium Darul Makmur. FOTO Muhammad Asyraf Sawal
Asrol Awang


DOLLAH Salleh tidak mahu anak buahnya selesa walaupun sudah mengesahkan tempat ke suku akhir Piala Malaysia.

Sebaliknya, bekas pemain kebangsaan itu berharap skuad Tok Gajah mengekalkan rentak konsisten pada baki dua perlawanan peringkat kumpulan.

"Saya gembira kerana misi untuk layak ke suku akhir lebih awal menjadi kenyataan dan kejayaan awal ini membuktikan kesungguhan barisan pemain untuk meletakkan pasukan pada prestasi terbaik.

"Oleh itu, saya harap pemain dapat mengekalkan pencapaian ini selepas saingan Piala Malaysia berehat kira-kira tiga minggu," katanya.

Dollah Salleh. FOTO File NSTP
Dollah Salleh. FOTO File NSTP

Mengulas kemenangan 1-0 ke atas Sabah malam tadi, jurulatih skuad Pantai Timur itu mengakui pasukannya tidak bermain di tahap terbaik, terutama pada separuh masa pertama.

Namun, kata Dollah kebangkitan dipamerkan pada babak kedua membantu mengutip tiga mata, sekali gus mengesahkan tempat ke suku akhir.

Gol tunggal perlawanan dijaringkan penyerang import, Dickson Nwakaeme pada minit ke-57 memastikan Pahang mengutip tiga mata.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 25 Ogos 2019 @ 1:22 PM