Neymar mahu kembali ke Barcelona. FOTO REUTERS
Neymar mahu kembali ke Barcelona. FOTO REUTERS
AFP

BEBERAPA pegawai Barcelona bertandang ke Perancis, hari ini untuk berbincang bersama Paris Saint-Germain (PSG) berhubung usaha untuk membawa balik bintang Brazil, Neymar semula ke kelab Sepanyol itu.

Pengarah bolasepak kelab itu yang juga bintang antarabangsa Perancis yang sudah bersara, Eric Abidal bersama dua pegawai kelab datang ke Paris bertemu rakan sejawatan di PSG, lapor media Catalan.

“Usaha untuk menyelesaikan masalah itu begitu penting kerana PSG sehingga kini masih enggan bertemu wakil Barcelona tetapi ia bukan bermakna rundingan itu sudah berakhir,” menurut stesen radio, Rac1 di laman web mereka.

Rundingan cadangan oleh wakil Barcelona turut membabitkan pemain lain seperti Philippe Coutinho atau Ivan Rakitic.

Paris Saint-Germain pada Sabtu lalu mendedahkan rundingan Neymar ‘sudah diadakan lebih awal’ selepas pemain Brazil itu digugurkan daripada juara Perancis itu pada perlawanan pembukaan Ligue 1.

Pengarah kesukanan Leonardo mengesahkan pemain Brazil itu hampir keluar meninggalkan kelab itu tetapi PSG belum bersedia memberi persetujuan mereka berhubung perpindahan itu.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 13 Ogos 2019 @ 10:06 PM