BENITEZ galas cabaran Dalian.
BENITEZ galas cabaran Dalian.
Agensi

BEKAS pengendali Newcastle United, Rafael Benitez dilantik pengurus baharu kelab China, Dalian Yifang.

Beliau meninggalkan Magpies Ahad lalu selepas kontraknya tamat dan berkata kelab Liga Perdana itu ‘tidak mahu mahu berkongsi visinya.’

Benitez menggantikan Choi Kang-hee yang meletak jawatan kelmarin atas sebab peribadi.

"Selepas sekian lama, kami memulakan cabaran baharu. Saya gembira memulakan projek baharu dengan Dalian Yifang," kata pengendali dari Sepanyol berusia 59 tahun itu.

Bekas pengurus Liverpool, Chelsea, Valencia dan Real Madrid menerima £12 juta (RM62.56 juta) bagi mengendalikan Dalian Yifang.

Beliau membawa Newcastle menduduki tangga ke-13 dalam Liga Perdana musim lalu.

"Saya mahu kekal tetapi saya tidak hanya mahu setakat melanjutkan kontrak. Saya mahu menjadi sebahagian daripada projek,” kata Benitez.

Perpindahan ke Dalian menyaksikan beliau bergabung semula dengan Marek Hamsik yang pernah beraksi di bawah kendaliannya di Napoli di antara 2013-2015.

Pemain Belgium, Yannick Carrasco turut beraksi bersama kelab itu.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 3 Julai 2019 @ 10:30 AM