Neymar mahu kembali ke Barcelona. FOTO REUTERS
Neymar mahu kembali ke Barcelona. FOTO REUTERS
Agensi

NEYMAR dilaporkan memberitahu pemilik Paris Saint-Germain (PSG) Nasser Al-Khelaifi dia mahu kembali ke Barcelona.

Bintang Brazil itu meninggalkan Barca untuk menyertai PSG dengan yuran perpindahan termahal dunia £198j (RM1.044 bilion) pada 2017.

Akhbar Sepanyol, El Mundo mendakwa presiden Nou Camp, Josep Maria Bartomeu sedang mencari jalan untuk menandatangani semula Neymar.

Pemain Brazil berusia 27 tahun itu membintangi skuad Barcelona selama empat musim sebelum ini dengan menjaringkan 105 gol dalam 186 penampilan.

Dia dipercayai memberitahu Al-Khelaifi: “Saya tidak mahu bermain lebih banyak bersama PSG. Saya mahu balik ke rumah saya, tempat yang sepatutnya saya tidak tinggalkan.”

Khabar itu bertiup kencang selepas akhbar Perancis, L’Equipe melaporkan PSG sedia untuk menjual Neymar dengan nilai yang tinggi pada jendela perpindahan musim panas.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 20 Jun 2019 @ 5:58 PM