NEYMAR (kanan) ketika beraksi bersama Barcelona.
NEYMAR (kanan) ketika beraksi bersama Barcelona.
Reuters

NEYMAR memuatnaik video dirinya berjersi Barcelona di media sosial semalam menghangatkan lagi spekulasi penyerang Paris St Germain akan kembali ke bekas kelabnya tetapi pejabat perhubungan awamnya berkata dia akan muncul di Paris esok.

Neymar yang masih belum pulih kecederaan berada di Brazil sempena Copa America tidak menyertai latihan pramusim bersama PSG.

Dia menyertai PSG dari Barcelona dengan kontrak lima tahun membabitkan rekod dunia yuran perpindahan 222 juta euro (RM1.03 bilion) pada 2017 tetapi sejak akhir-akhir ini laporan mengaitkannya kembali ke Nou Camp.

Pemain berusia 27 tahun itu menghangatkan lagi spekulasi menerusi video ringkas dalam Instagramnya yang memaparkan dirinya berpakaian hitam putih berlogo Barcelona.

Akhbar Perancis, L'Equipe berkata: "Setiap orang boleh melihat mesej ini seolah-olah pengumuman tersembunyi penyerang PSG yang mahu kembali ke kelab.”

Bagaimanapun, syarikat perhubungan awamnya berkata yang disiarkan laman web Brazil: “ "Neymar akan muncul seperti biasa pada 15 Julai seperti diberitahu kepada PSG beberapa minggu lalu.”

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 14 Julai 2019 @ 7:59 AM