BENATIA (tengah) cuba menghalang penyerang Portugal, Cristiano Ronaldo pada Piala Dunia Russia 2018. — FOTO Getty Images
BENATIA (tengah) cuba menghalang penyerang Portugal, Cristiano Ronaldo pada Piala Dunia Russia 2018. — FOTO Getty Images
Reuters

PEMAIN pertahanan Medhi Benatia, yang menyertai kelab Qatar, Al Duhail dari Juventus Januari lalu, dilantik sebagai kapten dalam skuad 23 pemain Maghribi bagi pusingan akhir Piala Negara Afrika di Mesir bulan ini.

Jurulatih Herve Renard mengetepikan empat pemain daripada senarai awal bulan lalu ketika beliau memutuskan skuadnya bagi kejohanan itu, yang bermula minggu depan.

Maghribi berada dalam Kumpulan D bersama Ivory Coast, Namibia dan Afrika Selatan.

Benatia bermain hanya satu perlawanan ketika kempen kelayakan buat Maghribi ketika dia bergelut untuk beraksi dengan juara Itali itu sebelum berpindah ke Qatar Januari lalu.

Namun Renard tetap percaya terhadap pemain berusia 32 tahun itu ketika beliau mengekalkan semua kecuali enam pemain dalam skuad 23 daripada Piala Dunia di Russia tahun lalu.

SKUAD MAGHRIBI

Penjaga gol: Yassine Bounou (Girona), Mounir El Kajoui (Malaga), Ahmad Reda Tagnaouti (Wydad Casablanca).

Pertahanan: Yunis Abdelhamid (Stade Reims), Medhi Benatia (Al Duhail), Manuel da Costa (Al Ittihad), Nabil Dirar (Fenerbahce), Achraf Hakimi (Borussia Dortmund), Noussair Mazraoui (Ajax Amsterdam), Romain Saiss (Wolverhampton Wanderers).

Tengah: Youssef Ait Bennasser (St Etienne), Younes Belhanda (Galatasaray), Mehdi Bourabia (Sassuolo), Mbark Boussoufa (Al Shabab), Karim El Ahmadi (Al Ittihad), Faycal Fajr (Caen), Hakim Ziyech (Ajax Amsterdam).

Penyerang: Nordin Amrabat (Al Nasr), Sofiane Boufal (Celta Vigo), Khalid Boutaib (Zamalek, Egypt), Youssef En-Nesyri (Leganes), Abderrazak Hamdallah (Al Nasr), Oussama Idrissi (AZ Alkmaar).

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 12 Jun 2019 @ 7:16 PM