Beasley puji Anis Amira. FOTO NSTP
Beasley puji Anis Amira. FOTO NSTP
Azlan Muhammad Zain


KETUA jurulatih negara, John Beasley memuji perkembangan pelumba muda negara, Anis Amira Rosidi selepas cemerlang di Piala Trek Asia di Taiwan pada bulan lalu.

Pelumba berusia 21 tahun dari Perlis berkenaan melakar keputusan mengejutkan apabila meraih dua emas dengan memenangi acara keirin dan selain gandingannya bersama Farina Shawati Mohd Adnan dalam pecut berpasukan.

"Kami sudah beberapa tahun bersamanya dengan melakukan pelaburan yang besar kepada pembangunan Anis sama ada sebagai pelumba di trek atau di luar gelanggang. Perbezaan dia dengan kebanyakan pelumba lain adalah komitmen dipamerkannya.

"Dia jelas mahu menjadi atlet yang berjaya sebaik mungkin, maksudnya dia bersedia untuk berkorban bagi tempoh masa yang panjang," jelas Beasley.

Tambah pengendali dari Australia itu, program semasa tidak tertumpu kepada tahap kepantasannya namun Anis masih mencari ruang dan peluang untuk muncul juara.

"Ia adalah pujian kepadanya dirinya apabila menang di Taiwan.

Jika anda fikir dia berada dalam keadaanya yang baik ketika ini, anda perlu menunggu sehingga penghujung tahun apabila program akan membentuknya menjadi pantas," menurut Beasley.

Bagaimanapun Beasley menjelaskan Anis adalah program jangka panjangnya dengan dia dipersiapkan untuk menghadapi Sukan Asia dan Komanwel 2022 disusuli Olimpik 2024 di Paris.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 3 Jun 2019 @ 3:32 PM