Nidzam (tengah) sahkan Hadin (kiri) dan Daniel tidak dapat diturunkan. FOTO NSTP
Nidzam (tengah) sahkan Hadin (kiri) dan Daniel tidak dapat diturunkan. FOTO NSTP
Asrol Awang


“LUPAKAN seketika Liga Super dan fokus berdepan Kuala Lumpur pada suku akhir pertama Piala FA, esok.”

Begitulah peringatan diberikan oleh pengendali FELDA United FC, Mohd Nidzam Jamil kepada skuadnya.

Katanya, berada di zon penyingkiran di Liga Super tidak sepatutnya memberi kesan kepada misi kelab itu mencari kemenangan ke atas The Hawks dalam aksi di Stadium Bolasepak KLFA, Cheras.

"Saingan Piala FA berbeza dengan Liga Super, jadi saya minta semua pemain memberi tumpuan sepenuhnya. Jika boleh, kita mahu sekat kemaraan mereka dalam saingan itu musim ini.

"Apabila berada di suku akhir, kita tiada pilihan selain menang dan memastikan FELDA United mempunyai bekalan selesa sebelum beraksi pada pusingan kedua di Stadium Tun Abdul Razak, Jengka," katanya.

Mohd Nidzam berkata, persiapan sudah dibuat dan latihan berjalan dengan lancar walaupun The Fighters tidak dapat menggunakan khidmat dua pemain utama.

"Setakat ini, saya sahkan kapten pasukan, Hadin Azman dan Daniel Amier Norhisham tidak dapat bersama berikutan kecederaan.

"Saya percaya, tanpa kehadiran dua tonggak utama ini, FELDA United masih berpeluang mencipta kejutan.

Sebelum ini kita sudah membuktikan ketika menewaskan Selangor 2-1 pada pusingan ketiga," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 29 April 2019 @ 3:49 PM