Ferzalfie Fauzi


PERSATUAN Badminton Malaysia (BAM) mengumumkan Datuk Lee Chong Wei tidak akan beraksi pada Piala Sudirman di Nanning, China, Mei depan.

Pengumuman skuad itu dimaklumkan selepas mesyuarat Jawatankuasa Kejurulatihan dan Latihan (C&T) di Kuala Lumpur hari ini dengan perseorangan lelaki akan digalas Lee Zii Jia, Cheam June Wei dan Soong Joo Ven.

Menurut BAM, Chong Wei masih belum dibenarkan beraksi bagi kejohanan peringkat antarabangsa atas sebab kesihatan dan nasihat doktor.

Pemain perseorangan wanita pula akan digalas Goh Jin Wei, Soniia Cheah dan Lee Ying Ying, manakala beregu lelaki pula akan dipikul Aaron Chia-Soh Wooi Yik, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi serta Nur Izzuddin Rumsani.

Beregu wanita pula disandar kepada Chow Mei Kuan-Lee Meng Yean dan Vivian Hoo-Yap Cheng Wen.

Manakala beregu campuran diterajui Goh Soon Huat-Shevon Lai, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing dengan Chen Tang Jie diletakkan dalam senarai simpanan.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 24 April 2019 @ 2:57 PM
PEMAIN badminton negara, Datuk Lee Chong Wei. — FOTO NSTP
PEMAIN badminton negara, Datuk Lee Chong Wei. — FOTO NSTP