RONALDO (kiri) jaring gol penyamaan buat Juventus. -Foto Reuters
RONALDO (kiri) jaring gol penyamaan buat Juventus. -Foto Reuters
AFP

PENGENDALI Juventus Massimiliano Allegri memuji bintang utamanya Cristiano Ronaldo yang berada di kelas tersendiri selepas meraih gol berharga di tempat lawan ketika seri 1-1 dalam aksi suku akhir pertama Liga Juara-Juara di Ajax awal pagi tadi.

Ronaldo meletakkan Juventus di depan pada separuh masa pertama dengan tandukannya untuk mengumpul koleksi 125 jaringan tetapi kelebihan itu dipadamkan pemain sayap Brazil David Neres tidak lama selepas separuh masa kedua untuk aksi lebih mendebarkan ketika perlawanan kedua di Turin minggu depan.

“Ronaldo membuktikan bahawa dia berada di tahap berbeza. Pergerakan dan pemasaannya berbeza dengan yang lain, tiada apa yang anda boleh lakukan mengenainya,” kata Allegri.

“Dia seorang pemain yang mempunyai teknik berbeza dengan yang lain.”

Ajax cuba mencipta tekanan di Johan Johan Cruyff Arena, beberapa kali cuba menerjah gawang lawan sebelum Douglas Costa hampir memberikan jaringan buat Juve apabila percubaannya terkena palang.

Kebangkitan menakjubkan mereka daripada kekalahan 1-2 pada aksi pertama ke atas Real Madrid sebelum menang besar 4-1 di Santiago Bernabeu pada pusingan terdahulu membuktikan perjuangan mereka masih belum tamat.

“Ia satu keputusan yang bagus kerana kami menjaringkan gol di tempat lawan, saingan masih terbuka,” kata Allegri yang berhasrat memimpin Juve menjulang gelaran pertama Liga Juara-Juara sejak 1966 ketika menewaskan Ajax di Rome.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 11 April 2019 @ 8:39 AM