TUN  Dr Mahathir  bersama Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman melepaskan pelumba di KLCC. - FOTO Aswadi Alias
TUN Dr Mahathir bersama Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman melepaskan pelumba di KLCC. - FOTO Aswadi Alias
Azlan Muhammad Zain

PERLUMBAAN edisi ke-24 Le Tour de Langkawi ( LTdL) membuka tirai dengan kayuhan pelumba daripada 22 pasukan bermula di Menara Berkembar Petronas sebentar tadi.

Upacara pelepasan disempurnakan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bagi membolehkan perlumbaan bermula secara rasmi.

Seramai 131 pelumba mengharungi peringkat pertama menuju ke garisan penamat di Tampin, Negara Sembilan sejauh 176.9 kilometer.

Tumpuan terarah kepada barisan pelumba pecut seperti Andrea Guardini (Bardiani CSF), Matteo Pelucchi dan Marco Benfatto (Androni Giocattoli-Sidermec), Moreno Marchetti (Neri-Selle Italia-KTM), Travis McCabe (Floyd's Pro Cycling) dan sandaran negara, Mohd Harrif Saleh.

Mereka akan mengharungi tiga zon pecutan di Pekan Batu 18 Hulu Langat, Ampangan dan Kuala Pilah.

Selain itu mereka akan mengharungi empat zon pendakian bermula di Ampang Look Out, Genting Peres, Bukit Tangga dan Bukit Putus.

Edisi ke-24 pada tahun ini menyaksikan lapan peringkat dipertandingkan dan dijadual berakhir di Pulau Langkawi pada 13 April nanti.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 6 April 2019 @ 12:57 PM