HADIN (dua kanan) ketika latihan Harimau Malaya, tiga tahun lalu. — FOTO Osman Adnan
HADIN (dua kanan) ketika latihan Harimau Malaya, tiga tahun lalu. — FOTO Osman Adnan
Asrol Awang


PEMAIN tengah FELDA United, Hadin Azman yang kali terakhir mewakili skuad negara tiga tahun lalu bersedia untuk membuktikan pilihan ketua jurulatih Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe sebagai tepat.

Bekas pemain Harimau Muda B yang sudah menjaringkan tiga gol dalam saingan Liga Super musim ini tidak sabar membantu skuad negara melakar kejayaan pada saingan Piala Airmarine bermula 20 Mac ini.

“Biarpun kali terakhir beraksi bersama skuad negara pada Piala AFF 2016, saya yakin mampu mempamerkan persembahan terbaik bersama rakan.

“Dengan prestasi positif bersama The Fighters dalam saingan liga ketika ini, saya percaya dengan pengalaman yang ada, ia dapat diterjemahkan pada kejohanan itu.

“Apa yang perlu saya lakukan adalah untuk meningkatkan lagi kualiti permainan,” kata Hadin yang juga kapten FELDA United.

Ditanya peluang bersaing dengan pemain lain di bahagian tengah, Hadin menyatakan dia akan melakukan yang terbaik untuk memikat hati Cheng Hoe.

Selain Hadin, Cheng Hoe turut menyenaraikan Kenny Pallraj, Firdaus Saiyadi, Nor Azam Azih, Faiz Nasir, Halim Saari, Mohamadou Sumareh, Akram Mahinan, Syazwan Zainon dan Hafiz Ramdan di bahagian tengah.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 7 Mac 2019 @ 12:35 PM