PEP GUARDIOLA
PEP GUARDIOLA
AFP

LONDON: Pep Guardiola diberi amaran oleh Persatuan Bolasepak (FA) England, selepas pengurus Manchester City itu berkelakuan kasar ketika barisan pemainnya mencatat kemenangan 2-1 ke atas Liverpool.

Guardiola membaling skaf miliknya di atas padang, sebelum menjerit kepada pegawai perlawanan keempat, Martin Atkinson berikutan keputusan pengadil, Anthony Taylor yang tidak memihak City pada separuh masa kedua.

Ia adalah amaran pertama untuk pengendali berusia 47 tahun itu dan keputusan itu disiarkan di laman web rasmi FA sekaligus menyebabkannya berisiko untuk dikenakan hukuman penggantungan.

City kini hanya ketinggalan empat mata berbanding Liverpool selaku pendahulu, dengan Leroy Sane muncul wira apabila menjaringkan gol kemenangan di Stadium Etihad, awal pagi semalam.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 5 January 2019 @ 10:24 AM