ALI AL HABSI
ALI AL HABSI
Reuters

MUSCAT: Kapten dan penjaga gol Oman, Ali Al Habsi terpaksa diketepikan bagi menghadapi Piala Asia bulan depan kerana kecederaan, menurut Persatuan Bolasepak Oman, semalam.

Pemain berusia 36 tahun itu mengalami kecederaan ketika beraksi buat Al Hilal menentang Al Ahli dalam Liga Perdana Arab Saudi, Jumaat lalu.

“Ia terlalu mengecewakan apabila kecederaan menyekat peluang anda mewakili pasukan kebangsaan. Bagaimanapun saya amat yakin dengan kemampuan rakan sepasukan,” tulis Al Habsi, yang sudah beraksi 120 kali, dalam Twitter.

Kecederaan Al Habsi satu tamparan buat juara Piala Teluk, Oman, yang tidak kalah sepanjang 2018 menjelang Piala Asia bermula 5 Januari ini.

Jurulatih Pim Verbeek memanggil Ammar Al Rashidi sebagai pengganti Al Habsi dalam skuadnya yang berlatih di Abu Dhabi.

Oman memulakan kempen mereka dalam Kumpulan F menentang Uzbekistan di Sharjah pada 9 Januari depan.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 26 Disember 2018 @ 7:57 AM