OMAN (jersi merah) tewas kepada Iran pada suku akhir Piala Asia di UAE, bulan lalu. - FOTO AFC
OMAN (jersi merah) tewas kepada Iran pada suku akhir Piala Asia di UAE, bulan lalu. - FOTO AFC
Reuters

JURULATIH Oman, Pim Verbeek melepaskan jawatannya semalam dengan bekas bos Australia dan Korea Selatan itu berhasrat untuk menamatkan karier kejurulatihan hampir 40 tahun.

Pengendali berusia 62 tahun itu mengambil alih pasukan kebangsan Oman pada 2016 dan mengemudi kejayaan mereka pada Piala Teluk setahun kemudian serta pusingan 16 terakhir Piala Asia buat kali pertama bulan lalu.

Ketua Persatuan Bolasepak Oman, Salem Saeed Al Wahaibi memanggil mesyuarat lembaga tergempar semalam dan menerima peletakan jawatan Verbeek sekalipun kontraknya hanya berakhir Jun depan.

Verbeek, yang memulakan karier kejurulatihan pada 1981 dan mengurus beberapa kelab termasuk kelab gergasi Belanda, Feyenoord, akan digantikan oleh penolongnya Muhanna Said Al-Adawi ketika Oman mencari jurulatih baru.

Pengendali dari Belanda itu optimis mengenai masa depan bola sepak di Oman selepas mereka tewas 0-2 di tangan Iran sekali gus tersingkir daripada Piala Asia.

“Kami mengharungi kejohanan yang fantastik dan kami tidak patut malu kalah kepada pasukan seperti Iran.

“Pasukan ini ada masa depan kerana sekalipun kami negara kecil, kami mempunyai bakat.”

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 7 Februari 2019 @ 2:09 PM