LAMELA (kiri) berebut bola dengan pemain tengah Manchester City dari Algeria, Riyad Mahrez pada perlawanan Liga Perdana Inggeris di Stadium Wembley di London pada 29 Oktober lalu. FOTO AFP.
LAMELA (kiri) berebut bola dengan pemain tengah Manchester City dari Algeria, Riyad Mahrez pada perlawanan Liga Perdana Inggeris di Stadium Wembley di London pada 29 Oktober lalu. FOTO AFP.
Reuters

BUENOS AIRES: Argentina memanggil semula penyerang Tottenham Hotspur, Erik Lamela bagi dua aksi persahabatan menentang Mexico, bulan ini, menurut persatuan bola sepak negara itu, hari ini.

Lamela yang pernah tampil dalam 23 perlawanan bersama La Albiceleste, kali terakhir bermain dengan pasukan kebangsaan menentang Venezuela pada kelayakan Piala Dunia 2016, namun terlepas kebanyakan aksi musim lalu dan Piala Dunia di Russia kerana kecederaan pinggul.

Jurulatih sementara, Lionel Scaloni turut memanggil buat kali pertama pemain tengah menyerang Racing berusia 20 tahun, Matias Zaracho.

Tiada tempat buat Lionel Messi, yang mengumumkan dia berehat seketika daripada bola sepak antarabangsa selepas kekecewaan Argentina di Russia, apabila mereka hanya menang satu perlawanan dan disingkirkan oleh Perancis pada pusingan 16 terakhir.

Argentina bertemu Mexico di Cordoba pada 16 November depan dan sekali lagi di Mendoza, empat hari kemudian. - Reuters

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 2 November 2018 @ 1:11 AM