Luis Enrique kini pengendali Sepanyol. FOTO EPA-EFE
Luis Enrique kini pengendali Sepanyol. FOTO EPA-EFE
AFP

MADRID: Bekas jurulatih Barcelona, Luis Enrique dilantik ketua jurulatih Sepanyol yang baharu menggantikan Julen Lopetequi yang dipecat sebelum bermulanya saingan Piala Dunia. 

"Pelantikan Luis Enrique sebagai jurulatih untuk tempoh dua tahun diluluskan sebulat suara," kata Presiden Persekutuan Bolasepak Sepanyol, Luis Rubiales. 

Pengumuman Rubiales itu hadir selepas beberapa jam Jose Francisco Molina, 47, bekas penjaga gol Atletico Madrid dan Deportivo La Coruna serta sembilan kali mewakili Sepanyol, dinamakan sebagai pengarah sukan. 

Enrique, 48, akan menggantikan Lopetegui yang dipecat oleh Rubiales selepas beliau mengumumkan sudah menandatangani kontrak selaku jurulatih Real Madrid. 

Pengarah sukan ketika itu, Fernando Hierro menggantikan tempat Lopetegui dan membantu Sepanyol mara sehingga ke pusingan kedua sebelum tewas kepada tuan rumah, Russia menerusi penentuan sepakan penalti. 

Hierro kemudian berundur selepas itu. 

Enrique adalah jurulatih Barcelona selama tiga tahun bermula Mei 2014. 

Beliau membantu kelab Catalan itu memenangi treble - La Liga, Copa del Rey dan Liga Juara-Juara - pada musim pertamanya membimbing kelab gergasi itu.

 

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 9 Julai 2018 @ 9:06 PM