PEMAIN Argentina, Javier Mascherano mengumumkan persaraan dari pentas antarabangsa selepas pasukannya tewas kepada Perancis. FOTO Reuters
PEMAIN Argentina, Javier Mascherano mengumumkan persaraan dari pentas antarabangsa selepas pasukannya tewas kepada Perancis. FOTO Reuters
AFP

KAZAN, Russia: Pemain paling berpengalaman Argentina, Javier Mascherano mengumumkan persaraannya di pentas antarabangsa selepas kekalahan kepada Perancis pada pusingan kedua Piala Dunia.

“Ia masa untuk mengucapkan selamat tinggal,” kata pemain tengah berusia 34 tahun itu yang pernah beraksi bersama Barcelona, Liverpool dan West Ham selepas Argentina tewas 3-4 kepada Perancis.

“Saya berharap pemain lain yang mengikut jejak saya akan mencapai apa yang mereka harapkan. Tiada lagi untuk saya,” katanya kepada saluran televisyen TyC dari Argentina.

Mascherano tampil buat kali pertama pada 2003 dan sudah bermain 147 perlawanan bersama pasukan kebangsaan negaranya.

Dia beraksi sebanyak 334 kali untuk Barcelona sebelum meninggalkannya hujung musim lalu menyertai kelab China, Hebei China Fortune.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 1 Julai 2018 @ 4:53 AM