PEMAIN Maghribi  Younes Belhanda (kanan) melepasi pemain Estonia.   FOTO/AFP
PEMAIN Maghribi Younes Belhanda (kanan) melepasi pemain Estonia. FOTO/AFP
Reuters

TALLINN: Younes Belhanda dan Hakim Ziyech menjaringkan gol pada separuh masa pertama bagi memastikan Maghribi kekal konsisten dan menamatkan persiapan Piala Dunia dengan kemenangan meyakinkan 3-1 ke atas Estonia dalam aksi persahabatan awal pagi ini.

Belhanda menjaringkan gol selepas 11 minit perlawanan dan Ziyech, pemain kelahiran Belanda meledak penalti tujuh minit sebelum tamat separuh masa pertama.

Pemain gantian Youssef En-Nesyri menokok gol ketiga ketika perlawanan berbaki 15 minit namun Estonia merapatkan jaringan menerusi jaringan Ats Purje.

Maghribi menewaskan Slovakia Isnin lalu dan seri dengan Ukraine minggu lalu dalam dua lagi aksi pemanas badan.

Mereka bertemu Iran dalam aksi pembukaan Kumpulan B di St Petersburg pada Jumaat sebelum menentang Portugal dan Sepanyol.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 10 Jun 2018 @ 11:50 AM