MERTENS (kanan) meraikan gol pertama Napoli ketika terikat menentang Torino. -Foto Reuters
MERTENS (kanan) meraikan gol pertama Napoli ketika terikat menentang Torino. -Foto Reuters
Reuters 

NAPOLI hampir menyerahkan gelaran juara Serie A buat kali ketujuh berturut-turut kepada Juventus selepas mereka mensia-siakan kelebihan mendahului perlawanan sebanyak dua kali sebelum terikat 2-2 dengan Torino, malam tadi.

 Keputusan seri itu menyaksikan Napoli yang menjadi satu-satunya pasukan mampu mencabar pendahulu liga Juventus, kini ketinggalan enam mata di tangga kedua dan berbaki dua perlawanan.

 Dengan kedua-dua pasukan berkongsi rekod pertemuan antara mereka, perbezaan gol akan menjadi penentu pasukan mana yang akan muncul juara liga musim ini jika kedua-duanya berkongsi mata.

 Setakat ini, Juventus mempunyai kelebihan apabila mempunyai perbezaan 16 gol berbanding Napoli.

 Dries Mertens dan pemain gantian, Marek Hamsik meledak gol untuk pasukan tuan rumah tetapi Torino berjaya menyamakan kedudukan menerusi Daniele Baselli serta Lorenzo De Silvestri.

 

 

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 7 Mei 2018 @ 11:41 AM