Ozil bersama tunangnya, Amine. FOTO INSTAGRAM AMINE/REUTERS
Ozil bersama tunangnya, Amine. FOTO INSTAGRAM AMINE/REUTERS
Bild/Daily Mail

MESUT Ozil memberi suntikan baru kepada Arsenal apabila bersetuju melanjutkan kontraknya bersama kelab London Utara itu, menurut laporan di Jerman.

Kontrak pemain tengah antarabangsa Jerman itu bersama Gunners berakhir pada musim panas ini tetapi perbincangan berlangsung perlahan sejak beberapa bulan lalu.

Ramai menyangka Ozil akan mengikut jejak Alexis Sanchez meninggalkan Stadium Emirates. Bagaimanapun dia nampaknya terus kekal bersama Gunners.

Akhbar Jerman, Bild melaporkan Ozil kekal di Arsenal untuk memberinya ruang bermain bersama Pierre-Emerick Aubameyang yang menyertai Arsenal dari Borussia Dortmund.

Aubameyang sudah pun berada di London menyelesaikan perpindahan dari kelab Bundesliga itu dan cita cita tinggi dipamer Arsenal membawa pemain bertaraf antarabangsa menyakinkan Ozil untuk terus berada di London.

Perancang berusia 29 tahun itu dikaitkan perpindahan ke beberapa kelab termasuk Manchester United.

Akhbar itu melaporkan kontrak baru Ozil begitu bermakna kerana bakal mengahwini tunang, Amine Gulse selepas Piala Dunia 2018 di Russia.

Ozil antara tonggak bersama skuad juara bertahan, Jerman.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 31 January 2018 @ 5:40 PM