MANE (kanan) cetus kemaraan pasukan ke Piala Dunia 2018.
MANE (kanan) cetus kemaraan pasukan ke Piala Dunia 2018.
AFP

Johannesburg: Gandingan dua bintang Liga Perdana Inggeris, Diafra Sakho dan Sadio Mane membantu kemaraan Senegal ke Piala Dunia 2018 apabila menewaskan Afrika Selatan 2-0 pada pusingan kelayakan, awal pagi semalam.

Penyerang West Ham, Sakho menjaringkan gol pembukaan selepas menyempurnakan hantaran pemain sayap Liverpool, Mane dan sekali lagi bergandingan untuk mencipta gerakan yang menyaksikan pemain Afrika Selatan, Thamsanqa Mkhize menjaringkan gol sendiri sebelum tamat separuh masa pertama.

Kejayaan itu menyaksikan Senegal mendahului selesa dengan perbezaan lima mata di depan Burkina Faso dan Cape Verde dalam Kumpulan D dengan berbaki satu perlawanan.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 12 November 2017 @ 6:04 AM