ABOUBAKAR (tengah) meraikan kemenangan Cameroon bersama rakan sepasukan.
ABOUBAKAR (tengah) meraikan kemenangan Cameroon bersama rakan sepasukan.
AFP

Franceville, Gabon: Kegagalan Sadio Mane menyempurnakan penalti penentu membolehkan Cameroon menyingkirkan Senegal daripada Piala Negara Afrika pada aksi suku akhir awal pagi semalam untuk menyertai Burkina Faso dalam kelompok empat terakhir.

Cameroon menewaskan Senegal 5-4 menerusi penalti selepas aksi 120 minit tanpa jaringan di Franceville, selatan Gabon, pada perlawanan kedua hari itu susulan kemenangan Burkina Faso ke atas Tunisia 2-0 di Libreville.

Bintang Liverpool Mane adalah satu-satunya pemain yang gagal menyempurnakan penentuan penalti di Franceville, apabila penjaga gol Cameroon Fabrice Ondoa menyelamatkan percubaannya.

Vincent Aboubakar kemudiannya menjaringkan gol kemenangan dan membantu Indomitable Lions mara ke separuh akhir.

Cameroon yang turut menewaskan Senegal menerusi penentuan penalti pada final Piala Negara Afrika 2002 akan berdepan sama ada DR Congo atau Ghana pada aksi separuh akhir di Franceville, Khamis ini.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 30 January 2017 @ 6:18 AM