Mourinho (kanan) tamat spekulasi Ronaldo ke Old Trafford. FOTO AFP
Mourinho (kanan) tamat spekulasi Ronaldo ke Old Trafford. FOTO AFP
AFP

JOSE Mourinho menamatkan spekulasi ‘kata tidak’ untuk membawa Cristiano Ronaldo semula ke Old Trafford.

Kenyataan dibuat pengurus Manchester United itu selepas skuadnya membuka langkah kanan Jelajah Amerika Syarikat dengan kemenangan 5-2 menewaskan Los Angeles Galaxy.

Mourinho kini mahu memantapkan lagi skuadnya selepas mendapat khidmat Victor Lindelof dan Romelu Lukaku.

Pengurus berasal dari Portugal itu menafikan usaha dibuat United untuk mendapatkan Ronaldo daripada Real Madrid.

"Saya tidak akan membuang masa memikirkan pemain yang dianggap sebagai ‘misi mustahil," kata Mourinho.

Penyerang England Marcus Rashford meledak dua gol manakala tiga gol lagi menerusi Marouane Fellaini, Anthony Martial dan Henrikh Mkhitaryan ketika kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) itu atas LA Galaxy di hadapan seramai 25,667 peminat di StubHub Center.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 16 Julai 2017 @ 5:59 PM