Abdullah meninggal dunia terkena besi ketika berlatih di London. FOTO MIRROR UK
Abdullah meninggal dunia terkena besi ketika berlatih di London. FOTO MIRROR UK
Mirror

ATLET rejam lembing Paralimpik Abdullah Hayayei meninggal dunia selepas 'dihempap tiang besi' ketika berlatih di sebuah pusat latihan di London.

Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa (IPC) mengumumkan kematian atlet Emiriah Arab Bersatu (UAE) Abdullah sejurus insiden di pusat latihan.

Abdullah, 36, sedang berlatih di Newham Leisure Centre di Timur London sebagai persiapan untuk Kejohanan Dunia yang akan bermula Jumaat ini.

Jurucakap Polis Metropolitan berkata: "Pada peringkat ini, kejadian difahamkan berlaku apabila lelaki itu dihempap tiang besi yang menjadi sebahagian kemudahan terdapat di pusat latihan terbabit."

IPC berkata kemalangan berlaku sekitar jam 5 petang semalam (12 tengah malam Rabu waktu Malaysia).

"Polis, Perkhidmatan Ambulans London dan Unit Ambulan Udara London turut berada di tempat kejadian," kata IPC.

"Pada 17:20, atlet terbabit disahkan meninggal dunia di tempat kejadian."

Pasukan UAE dipanggil menghadiri satu mesyuarat di mana mereka diberitahu mengenai tragedi itu.

Presiden IPC Sir Philip Craven berkata: “Kami semua terkejut dengan berita menyedihkan itu dan kematian Abdullah.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 12 Julai 2017 @ 5:36 PM