JKR melakukan 3,403 jatuhan pin.
JKR melakukan 3,403 jatuhan pin.

Kuantan: Jabatan Kerja Raya (JKR) Pahang muncul juara Kejohanan Bowling Berpasukan Open Beginner 10 pin anjuran Kelab Kebajikan dan Rekreasi Pengurusan Air Pahang (PAIP) Berhad di Kuantan Megalanes, baru-baru ini.

Selaku juara, JKR Pahang diwakili Abu Hassan Ashairi, Mohd Ezuan Osman, Muhamad Rasidi Hamnordin dan Zainon Jalil membawa pulang wang tunai RM1,000 dan plak selepas melakukan 3,403 jatuhan pin.

Naib juara diraih pasukan Jabatan Kesihatan Negeri Pahang (JKNP) yang mencatat 3,341 jatuhan pin diwakili Syarifuddin Wahab, Mohd Suhaimi Arinis, Zakaria Ahmad dan Nor Eifiza Abd Rahman menerima wang tunai RM700 dan plak.

Pasukan BANZAi merekodkan 3,276 jatuhan pin muncul tempat ketiga dan menerima wang tunai RM400 dan plak yang dibarisi Shamsul Kaha Abdul Shukor, Abd Halim Abd Razad, Roslan Mambong dan Noorhasnida Alias.

Hadiah disampaikan Setiausaha Kelab Kebajikan dan Rekreasi PAIP Berhad, Khairul Hasrol.

Setiausaha sukan kelab itu Noorhasnida Alias berkata, sebanyak 25 pasukan membabitkan 100 peserta, masing-masing 72 lelaki dan 28 wanita menyertai kejohanan kali ini.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 30 Mei 2017 @ 8:28 AM