BADRUL (kiri) meninjau  ladang melon manis ketika Majlis Penyerahan Sumbangan Program Inkubasi antara Agrobank dan unisZa di tapak Farm Melon Manis Terengganu (MMT), UniSZA Kampus Besut. FOTO Nurul Fatihah Sulaini
BADRUL (kiri) meninjau ladang melon manis ketika Majlis Penyerahan Sumbangan Program Inkubasi antara Agrobank dan unisZa di tapak Farm Melon Manis Terengganu (MMT), UniSZA Kampus Besut. FOTO Nurul Fatihah Sulaini
Nurul Fatihah Sulaini


Besut: Sektor pertanian negara turut mengalami kira-kira 30 peratus impak negatif akibat cuaca panas yang melanda negara ini.

Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan) Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), Datuk Badrul Hisham Mohd berkata, susulan itu persediaan dilaksana bagi menghadapi musim kemarau.

Katanya, antara sedang dilakukan pihak kementerian seperti menaik taraf infrastruktur pertanian termasuk menyediakan pam tambahan di seluruh negara.

"Pam berkenaan akan digunakan bagi menyedut sumber air berhampiran sekiranya hujan tidak turun di kawasan pertanian terbabit.

"Kita juga akan memastikan sistem pengairan mencukupi bagi menyokong tanaman padi di seluruh negara," katanya di kampus Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) Tembila di sini, hari ini bagi merasmikan Majlis Penyerahan Sumbangan Program Inkubasi antara Agrobank dan uniSZa.

Pada majlis itu, Agrobank menyerahkan sumbangan inkubasi bernilai RM200,000 kepada peserta program Melon Manis Terengganu (MMT) UniSZA.

Hadir sama, Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa UniSZA, Prof Dr Zuhairah Ariff Abd Ghadas, pengarah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) Terengganu, Adam Mamat.

Badrul Hisham berkata, fenomena El Nino dijangka memberi kesan lebih teruk pada tahun ini berbanding tahun sebelumnya dan musim kemarau diramal akan berlarutan sehingga Jun hingga Oktober depan.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 7 Mei 2023 @ 5:49 PM