ZAINUDDIN (dua dari kanan) menerima kunjungan Pejabat Pertanian Daerah Johor Bahru dan auditor dari Jabatan Pertanian Negeri Johor bahagian racun perosak utk persijilan myGAP.
ZAINUDDIN (dua dari kanan) menerima kunjungan Pejabat Pertanian Daerah Johor Bahru dan auditor dari Jabatan Pertanian Negeri Johor bahagian racun perosak utk persijilan myGAP.
Hafiz Ithnin


DI sebalik perlu berkurung kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), lelaki berusia 58 tahun ini tidak menyangka aktiviti bercucuk tanam di sekitar rumahnya kini menjadi antara hasil yang serius buat mereka sekeluarga.

Lebih menarik, pemilik nama Zainuddin Zahir ini mempelajari teknik tanaman menerusi media sosial sahaja dan kini mampu menghasilkan pelbagai jenis sayur-sayuran secara hidroponik untuk dijual kepada kejiranannya.

Zainuddin berkata, pada awalnya dia mengisi waktu lapang PKP dengan hanya menanam cili secara fertigasi sebanyak 50 pokok.

"Hasilnya agak baik namun, ia mula memberikan cabaran apabila pokok cili mula diserang dengan makhluk perosak.

"Jadi saya mula mempelajari teknik tanaman secara hidroponik di balkoni rumah sahaja pada Ogos 2021. Ketika itu, saya tanam pelbagai sayur-sayuran dalam 160 pokok dan selepas tempoh matang semuanya dijual kepada penduduk setempat," katanya.

Antara sayur-sayuran yang ditanam Zainuddin pada awalnya saw

i hijau, sawi putih, sawi jepun atau pak choy yang mengambil masa hanya sebulan sahaja untuk matang.

Katanya, ketika itu dia masih menggunakan teknik tanaman secara baring dan mendapati ada sayur yang tidak tahan dengan cuaca panas.

"Jadi, saya mula mencari kaedah lain untuk tanam sayur-sayuran supaya tidak kena panas. Pada awalnya saya merancang untuk meletakkan bidai, tetapi kemudian saya menemui teknik tanaman secara vertikal di laman sosial.

ZAINUDDIN bersama tanaman sayur secara vertikal yang diusahakannya.
ZAINUDDIN bersama tanaman sayur secara vertikal yang diusahakannya.

"Saya mencubanya di dinding belakang rumah dengan menanam sebanyak 2,000 sayur-sayuran. Ternyata, ia menjadi dengan menggunakan teknik vertikal berbanding tanam secara baring," katanya.

Melihat kepada potensi tanaman hidroponik secara vertikal, dia mula memperbaiki sistem tanaman supaya lebih menjadi lebih baik. Perkara itu juga dipelajari di media sosial sahaja.

Katanya, dia membelanjakan modal permulaan sekitar RM300 sahaja ketika itu untuk membeli paip dan juga pam air.

"Kini keseluruhan tanaman hidroponik yang diusahakan menggunakan sistem siraman automatik. Perkara itu lebih memudahkan dan menjimatkan masa.

"Malah, dengan menetapkan waktu siraman automatik, menjadikan sayur-sayuran yang ditanam lebih sihat kerana waktu siraman mengikut ketetapan masa," katanya.

TANAMAN secara hidroponik yang diusahakan menampakkan hasil positif.
TANAMAN secara hidroponik yang diusahakan menampakkan hasil positif.

Bagi tanaman sayuran vertikal hidroponik, dia menanam beberapa jenis sayur antaranya kobis cina, sawi hijau, sawi putih dan sawi jepun.

Dalam masa yang sama, Zainuddin masih mengekalkan tanaman secara baring untuk beberapa jenis sayur antaranya salad, sawi bunga dan kailan.

Ditanya mengenai tempoh matang sayur yang ditanamnya, katanya, secara purata setiap jenis sayur mencapai waktu matang untuk dituai mencecah sebulan.

"Dari segi hasil, biasanya saya akan menuai seminggu dua kali iaitu pada hari Isnin dan Jumaat untuk dijual kepada penduduk di taman perumahan ini.

"Paling banyak saya pernah tuai hasil mencecah 110 kilogram dan ia mendapat sambutan daripada penduduk di sini," katanya.

Bercerita mengenai cabaran, katanya, serangan makhluk perosak sudah pasti menjadi perkara yang paling dirisaukan dan ia pernah berlaku.

ANTARA sayur yang hidup segar menerusi sistem hidroponik.
ANTARA sayur yang hidup segar menerusi sistem hidroponik.

"Saya akan menggunakan racun apabila keadaan terdesak sahaja. Saya juga baharu sahaja mendapat persijilan MyGap untuk memeriksa pelbagai perkara dalam tanaman yang diusahakan.

"Pihak berkuasa berkaitan pertanian juga sentiasa memberi khidmat nasihat dari segi tanaman dan mengelakkan daripada serangan makhluk perosak," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 18 Disember 2022 @ 6:24 AM