SAWI putih juga mudah diselenggara.
SAWI putih juga mudah diselenggara.
HM Digital

MUSIM hujan ini memberi kelebihan kepada tanaman sayur-sayuran untuk tumbuh subur serta menghijau.

Berikut disenaraikan sayur yang mudah ditanam ketika musim hujan:

Kangkung

Tanaman ini antara sayur yang dapat hidup di tanah rendah dengan kelembapan yang cukup tinggi, bahkan dapat hidup di perairan.

Nama saintifik ialah Ipomoea spp. iaitu adalah jenis sayur berdaun tropika dari keluarga Convolvulaceae.

Ia mempunyai taburan tanaman di Asia, Afrika, Amerika Selatan, Amerika Tengah dan Oceania.

Terdapat dua jenis kangkung yang ditanam secara komersial di Malaysia iaitu kangkung darat (Ipomoea reptans L. Poir) yang berdaun kecil panjang meruncing dan ditanam atas batas. Satu lagi kangkung air (Ipomoea aquatica Forsk) yang berdaun lebar.

Bayam

Bayam memerlukan air yang banyak untuk pertumbuhan.

Siraman perlu dibuat dua kali sehari ketika cuaca panas dan dilakukan secara manual atau sistem pengairan renjis.

Di negara kita dikatakan ada dua jenis bayam iaitu bayam hijau dan bayam merah. Bayam hijau mempunyai daun berwarna hijau sama ada berbentuk bulat atau bujur.

Sementara bayam merah pula berdaun berbentuk bulat dan berwarna kemerah-merahan di bahagian tepi dan tengahnya.

BAYAM juga memerlukan air yang banyak untuk pertumbuhan.
BAYAM juga memerlukan air yang banyak untuk pertumbuhan.

Sawi putih

Sawi ini turut dikenali sebagai pak choy antara tanaman tahan lasak dan tidak mudah layu biarpun terkena titisan air hujan secara terus-menerus.

Begitu juga dengan penyelenggaraannya yang cukup mudah dan tidak memerlukan kos yang tinggi.

Malah, tanaman ini juga sesuai pertanian bandar.

Daun bawang

Daun bawang adalah sejenis tumbuhan herba dari genus Allium. Bahagian atas daun bawang tidak pejal kerana tumbuhan ini tidak mempunyai bahagian akar yang tumbuh dengan menyeluruh.

Proses penanaman daun bawang itu sendiri sebenarnya memerlukan air yang cukup banyak.

Jadi, ketika musim hujan tanaman ini pastinya lebih subur.

TANAMAN terung memerlukan air yang banyak.
TANAMAN terung memerlukan air yang banyak.

Terung

Tanaman ini tergolong dalam keluarga Solanaceae dan genus Solanum. Ia dikatakan berasal dari India dan Sri Lanka.

Nama botaninya Solanum melongena dan tanaman sayur ini juga antara yang memerlukan air banyak.

Bagaimanapun, segera tangani apabila berlaku situasi tanaman terung anda digenangi air supaya akarnya tidak mudah rosak.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 20 November 2022 @ 6:12 AM