PEMANDU wanita kini semakin yakin.
PEMANDU wanita kini semakin yakin.
Lizam Ridzuan


PEMANDU wanita sering dikaitkan dengan pelbagai kerenah di atas jalan raya yang kadang kala memperlihatkan ketidakcekapan dan memandu secara melulu.

Namun ramai juga wanita yang berkemahiran tinggi dan cermat dalam pemanduan berbanding kaum lelaki.

Buat pemandu baharu atau yang lama kadang kala ada yang terlupa terdapat beberapa langkah yang boleh diambil bagi memastikan situasi pemanduan berjalan lancar.

Pengurus Jabatan Latihan Teknikal Proton Edar, Suhaizi Abd Manan tampil berkongsi beberapa tip pemandu

an untuk wanita di negara ini.

Ia sebagai satu ulang kaji bagi meningkatkan kesedaran dan kemahiran semua supaya diamalkan buat keselamatan semua.

Kenali undang-undang jalan raya

Pastikan anda memahami undang-undang jalan raya Malaysia termasuk had laju, isyarat lalu lintas dan peraturan lain yang berkaitan.

Memahami undang-undang ini akan membantu anda mengendalikan kenderaan dengan lebih berhemah dan selamat.

Kenderaan sesuai

Pastikan anda memilih kenderaan sesuai dengan keperluan dan kemahiran pemanduan anda. Ambil kira faktor seperti saiz, ketahanan dan kecekapan bahan api.

Latihan memandu

Jika anda baharu atau merasa kurang yakin dengan kemahiran pemanduan anda, pertimbangkan untuk ambil kelas memandu tambahan atau dapatkan latihan tambahan dari sesi memandu dengan seseorang yang lebih berpengalaman.

Sentiasa bersedia

Sentiasa mengambil kira keadaan jalan dan cuaca ketika merancang perjalanan anda. Berhati-hati dengan jalan yang berlubang, licin atau sempit dan sesuaikan pemanduan anda mengikut keadaan itu.

Komunikasi

Berkomunikasi dengan isyarat iaitu gunakan isyarat lalu lintas secara jelas dan tepat.

Ini akan membantu pengguna jalan lain meramalkan pergerakan anda dan mengurangkan risiko kemalangan.

Keselamatan peribadi

Sentiasa berhati-hati dengan keselamatan peribadi anda ketika memandu, terutama pada sebelah malam dan di kawasan yang kurang terang.

Pastikan pintu kenderaan dikunci dan elak dari membuka tingkap apabila berhenti di tempat-tempat yang tidak selamat.

Berhati-hati

Berhati-hati dengan pemanduan di bandar raya kerana sering kali lebih sibuk dan mencabar. Sentiasa peka dengan kenderaan lain, pejalan kaki dan pengguna jalan raya yang lain.

Ketahui lokasi

Ketahui lokasi pusat servis dan stesen minyak yang berdekatan dengan laluan anda yang akan membantu dalam keadaan kecemasan atau jika perlu mengisi bahan api.

Elak guna telefon

Amalkan untuk tidak menggunakan telefon bimbit ketika memandu kerana ia bukan sahaja melanggar undang-undang tetapi boleh mengganggu tumpuan dan meningkatkan risiko kemalangan.

Utamakan keselamatan

Keselamatan adalah yang utama. Sentiasa berfiki

r dua kali sebelum membuat keputusan pemanduan dan berikan keutamaan kepada keselamatan anda sendiri dan pengguna jalan lain.

Menerusi tip - tip di atas, diharap anda dapat memandu dengan lebih selamat dan berhemah di jalan raya. Ingatlah untuk sentiasa berhati-hati dan mematuhi undang-undang serta mengamalkan etika pemanduan yang betul!

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 12 Mac 2024 @ 6:55 AM