IBU bapa perlu bijak untuk galak anak makan sayur. - FOTO Pexels
IBU bapa perlu bijak untuk galak anak makan sayur. - FOTO Pexels
Nurul Husna Mahmud


Ibu bapa yang mendapati anak mereka gemar makanan ringan atau makanan proses perlu mengubah tabiat itu kepada sajian sihat.

Contohnya hidangan sayur yang kebanyakannya tidak digemari kanak-kanak kerana tekstur dan rasanya lebih pahit.

Ibu bapa perlu bijak memilih resipi yang tidak jauh kebiasaannya sajian kesukaan anak anda. Misalnya sebelum ini anak anda sukakan hidangan nuget ayam atau kentang goreng dari restoran makanan segera, mungkin anda boleh ubah suai ramuan lebih sihat di rumah.

Berikut antara penyediaan mudah untuk pengenalan resipi berasaskan sayur-sayuran kepada anak anda:

1. Tempura brokoli

Bahan-bahan:

Bahan A

  • 80gram (g) tepung jagung

  • 80g tepung biasa

  • ½ sudu kecil garam

  • Sebiji telur saiz besar (dipukul sedikit)

  • 175 milimeter (ml) air spakling

  • 350g brokoli, (dipecahkan kepada kuntum bunga atau saiz satu suapan)

  • Minyak bunga matahari (untuk menggoreng)

    TEMPURA brokoli boleh jadi snek sayur enak.
    TEMPURA brokoli boleh jadi snek sayur enak.

    SNEK juga penting untuk kanak-kanak. - FOTO Pexels
    SNEK juga penting untuk kanak-kanak. - FOTO Pexels

    Bahan sos pencicah

  • Sebiji limau nipis

  • ½ biji lemon (jusnya)

  • Dua sudu besar kicap

  • Garam (secubit/secukup rasa)

  • Seulas bawang putih (ditumbuk)

  • Satu sudu kecil gula halus

  • ½ cili merah (dibuang biji dan dihiris halus)

    Kaedah penyediaannya:

    1. Campurkan semua bahan sos pencicah dalam mangkuk kecil. Ketepikan dahulu.

    2. Ayak tepung dan garam dalam mangkuk adunan besar dan masukkan telur yang sudah dipukul.

    3. Tepung tadi di bahagian tengahnya dikosongkan. Masukkan air spakling sedikit demi sedikit sehingga bancuhan tepung tidak berketul. Ketepikan dahulu.

    4. Rebus brokoli dalam periuk berisi air mendidih antara dua hingga tiga minit. Toskan dengan baik, kemudian biarkan sejuk sedikit dalam penapis.

    5. Sediakan kuali untuk menggoreng. Tuangkan minyak dalam kuali kira-kira mencapai sepertiga dari sisi kuali. Letakkan atas api yang tinggi sehingga mencapai 190 darjah Celsius.

    6. Jika anda tidak mempunyai termometer dapur, letakkan kiub kecil roti dalam minyak. Jika ia bertukar menjadi coklat keemasan selepas 30 saat, minyak sudah cukup panas.

    7. Celupkan brokoli dalam adunan tepung, biarkan lebihan itu menitis, kemudian turunkan dengan teliti dalam minyak dengan sudip berlubang.

    8. Goreng selama dua minit atau sehingga garing dan warna keemasan sekata.

    9. Pindahkan ke pinggan yang dialas dengan kertas minyak atau tisu dapur.

    10. Taburkan sedikit garam laut dan hidangkan bersama sos pencicah.

  • Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 4 January 2024 @ 6:46 AM